Tuesday, October 21, 2008

BAB MAD WAL QOSOR


Makna MAD pada bahasa ialah tambah

Makna MAD pada istilah ialah memanjangkan suara dengan
Huruf MAD apabila bertemu HAMZAH atau SUKUN

Huruf MAD ada 3 iaitu:

1)Alif yang sukun sebelumnya huruf berbaris fathah
2)Wau yang sukun sebelumnya huruf berbaris dhommah
3)Ya’ yang sukun sebelumnya huruf berbaris kasrah

MAD terbahagi kepada 2 :

1)Mad Asli
2)Mad Far’i

Mad Asli ialah Mad Tabi’i yang tidak berhimpun sekali dengan HAMZAH atau SUKUN

Mad Far’I iaitu huruf Mad yang berhimpun dengan HAMZAH atau SUKUN
Terbahagi kepada 3 bahagian :

1) Mad Al-Munfasil

Huruf Mad berada pada akhir kalimah pertama dan HAMZAH pada permulaan
kalimah kedua

Hukum Mad Munfasil adalah harus dipanjangkan

Mazhab Qura’ pada Mad Munfasil :

1)QALUN dan DURI ABI AMRU baca 2 dan 4 harakat
2)SUSI dan IBNU KASIR baca 2 harakat qaulan wahidan
3)WARSH dan HAMZAH baca 6 harakat
4)BAKI QURA’ tawassut (4 atau 5 harakat)

2)Mad Muttasil

Iaitu bertemu huruf Mad dan HAMZAH dalam satu kalimah
Hukumnya wajib Mad (6 harakat)

Mazhab Qura’ pada Mad Muttasil :

1)WARSH dan HAMZAH baca 6 harakat
2)Baki Qura’ tawassut (4 atau 5 harakat)

3)Mad Badal

Dinamakan Mad Badal kerana asal kalimah ada dua HAMZAH,yang pertama berbaris
Dan yang kedua SUKUN,HAMZAH kedua ini ditukar kepada harakat mengikut jenis
Baris yang pertama

Hukumnya harus dipanjangkan

WARSH baca 2,4,6 harakat

Mad Far’i bertemu SUKUN terbahagi kepada 2 bahagian :

1. Sukun Asli
2. Sukun A’ridh (mendatang)

1) Sukun Asli

Terdapat ketika wasal dan berhenti
Dinamakan juga mad lazim
Mad lazim terbahagi kepada 2 :

1)Mad Lazim Kalimi
2)Mad Lazim Harfi

Kalimi
Takrifnya : Selepas huruf Mad terdapat sukun lazim bersambung atau waqaf dalam Satu kalimah

Ia terbahagi kepada 2 :

1. Musaqqal
2. Mukhaffaf

Musaqqal:Apabila datang selepas huruf Mad huruf yang bertasydid

Contoh : ولاالضالين

Mukhaffaf:Apabila datang selepas huruf Mad huruf yang bertanda SUKUN

Contoh : الأن
Terdapat satu tempat sahaja dalam Al-Quran (Surah Yunus)
Hukumnya : 6 harakat bagi semua Qura’

2) Sukun A’ridh

Mad yang berhenti mendatang

Hukum bacaannya 2,4,6 harakat

HARFI

Takrifnya : Pertemuan huruf Mad dengan sukun asli

Terdapat pada permulaan surah

Dengan syarat,huruf itu 3 huruf (dieja) dan terdapat
Huruf Mad di tengahnya

Contoh :السين-اللام-الكاف-القاف-النون-الصاد-الميم

Mad Lazim Harfi terbahagi kepada 2 :

1. Musaqqal
2. Mukhaffaf

Musaqqal

Selepas huruf Mad ada huruf mushaddad (diidghamkan)

Contoh : Huruf LAM dalam "الم"

Mukhaffaf

Selepas huruf Mad ada huruf sakin (tak diidghamkan)

Contoh : Huruf MIM dalam "حم"

Bagi huruf ‘AIN ada 2 wajah iaitu 4 dan 6 harakat.
*6 harakat lebih afdhal

"كهيعص" dalam Surah Maryam
"حم عسق" dalam Surah As-Syura

Huruf yang dibaca dengan 2 harakat

5 huruf – (حي طهر (

Hukum Mad Lin ada 2 jenis :

1. Mad Lin berhamzah
2. Mad Lin tanpa Hamzah

Mad Lin berhamzah iaitu datang YA’ atau WAU sukun,sebelumnya huruf yang berbaris FATHAH dan selepasnya HAMZAH,

Contoh : السوء,سوءة,شيء

(بدت لهما سوء تهما) (يو ري سو ء تكم)

Ringkasan pada kalimahسوءات bagi WARSH di atas ialah:

1. Qosor Wau serta Qosor Badal dengan kadar dua harakat
2. Qosor Wau serta Tawassut Badal dengan kadar dua harakat
3. Qosor Wau serta Mad Badal dengan kadar enam harakat
4. Tawassut Wau serta Tawassut Badal dengan kadar empat harakat

* Bersepakat Ahli Qura’ dengan WARASH mengqosorkan wau pertama yang selepas
MIM pada ( موءدة)pada surah At-Takwir dengan dua harakat bagi Warash.

*Qosor wau ( (مويلأ pada surah Al-Kahfi.

*Maksud dengan qosor wau pada tiga kalimah ini (سوءات,للمودة,مولأ) iaitu menyebut dengan wau selain mad mutlak seprti menyebut wau (فوقكم)



Disediakan oleh:
NAZRUL IKHWAN (5114)

2 comments:

Unknown said...

شكرا عن المعلومات

Unknown said...

شكرا عن المعلومات