Wednesday, October 22, 2008

AL - ISTIAZAH

Makna Istiazah pada bahasa ialah: Berlindung.
Makna Istiazah pada istilah ialah : Laafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan yang dilaknat. Juga di kenali sebagai Ta’uuwudz.
~Bukan ayat daripada Al-Quran
Dalil tuntutan membaca Istiazah:
(surah An-Nahl ayat 98)
Bermaksud:Apabila kamu hendak membaca Al-Quran maka hendaklah kamu meminta pertolongan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.



Terdapat 3 lafaz shighah istiazah iaitu:
I. اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan yang direjam
II. اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
Aku berlindung diri dengan allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang direjam
III. اعوذ بالله من الشيطان
Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan
Terdapat 2 Imam dan 2 keadaan Istiazah ketika membacanya iaitu:
i. Hamzah: membaca Istiazah dengan suara yang kuat pada awal surah Al-Fatihah sahaja
ii. Nafi’: membaca istiazah dengan suara yang perlahan pada semua permulaan surah di dalam Al-Quran
Terdapat 4 cara membaca Istia’zah dan Basmalahpada awal surah:
i. Berhenti pada Istiazah dan pada Basmalah (inilah cara yang paling baik)
Contohاعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسمالله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
ii. Berhenti pada Istiazah dan menyambung basmalah dengan awal surah:
Contoh: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله احد
iii. Menyambung Istiazah dengan Basmalah sahaja
Contoh : اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله احد


iv. Menyambung ketiga_tiganya sekali
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله احد

Terdapat 2 cara bacaan memca istiazah di dalam surah at- Taubah
a. Berhenti pada Istiazah kemudian teruskan bacaan
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
براءة من الله
b. Menyambung istiazah dengan awal surah Taubah
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
براءة من الله

No comments: