Monday, October 20, 2008

BAB WAQAF DI AKHIR KALAM



Waqaf

-Dari segi bahasa –menahan
-Dari segi istilah – memutuskan suara dari bacaan untuk bernafas seketika dengan niat meneruskan bacaan

-Asal waqaf ialah mengsukunkan huruf yang dihentikan kepadanya
- Maka tiada harakat selepas mengsukunkan huruf yang waqaf




Di sisi abu Amru dan kufiuna – pendapat yang hassan dalam mengelokkan waqaf mereka ialah dengan raum dan ishmam

Kebanyakkan ahlul ada mereka mengambil raum dan ishmam
Bagi baki qurra iaitu NAFIQ,IBNU KASIR,DAN IBNU AMIR- mereka memilih dan mengharuskan dan tidak mengembalikan dengan demikian itu nas daripada mereka

TAKRIF RAUM- melemahkan suara dengan harakat huruf yang dibentuk
Denganya dalam keadaan sambung ketika waqaf sehingga
hilang kebanyakkan suaranya(harakat)

Tidak diambil raum melainkan dengan musyafahah dan talaqqi dan diambil raum itu dari sheikh- sheikh yang mahir

TAKRIF ISHMAM- menghimpunkan dua bibir dalam keadaan muncung
Sebutan huruf yang akhir daripada kalimah dengan
Tanpa suara dan dengan tanpa rehat

Raum – memberi faedah kepada orang yang melihat dan orang yang mengikuti bacaan kamu
Dan tidak memberi faedah kepada orang yang buta

-Sesungguhnya raum terletak dalam kalimah yang majrur dan dikasrohkan
-Tidak mengharuskan seorang pun dari qurra memasukkan raum dan
Ishmam dalam kalimah yang mansub dan difathahkan
- satu pendapat dari imam-imam nahu sesungguhnya mereka mengharuskan memasukkan raum dan ishmam dalam 3 harakat iaitu dommah fathah dan kasroh

No comments: