Monday, October 20, 2008

Bab wakaf pada tulisan yang tertulis dalam mushaf


- Sesungguhnya kuffiuun iaitu ASIM,HAMZAH,KISAI,ABU AMRU DAN NAFIQ,mereka mengambil berat tulisan mushaf usmani ketika wakaf atas kalimat quran dalam 2 keadaan iaitu pilihan dan daruri

- Disunatkan waqaf seperti demikian itu(ikhtiari dan daruri) pada tulisan mushaf bagi ibnu kasir dan ibnu amir dan qurra yang 7 berselisih daripada demikian itu(iktiari dan daruri)

-Apabila ta tanis ditulis dalam mushaf selain ta marbutoh yakni ta yang difathahkan maka ibnu kasir,abu amru dan kisai mewakafkan ke atas ta yang difathahkan itu dengan ha ,manakala baki qurra wakaf dengan ta sebagaimana tulisan


-sesungguhnya ha tat anis datang dengan tulisan ta yang difathahkan pada 13 kalimah

- 1- (رحمت)
- 2 – (نعمت)
- 3 – (سنت)
- 4 – (وامرأة لوط)syarat lafaz ini mesti disandarkan kepada lelaki iaitu suami perempuan tersebut
- 5 – (بقيت)
- 6 – (قرت عين )
- 7 – (فطرت)
- 8 – (شجرت الزقوم )
- 9 – (لعنت الله)
- 10 –(جنت النعيم)
- 11 – (ابنت عمران)
- 12 – (ومعصيت الرسول)
- 13 – (وتمت كلمت ربك الحسنى على بنى إسرءيل)

No comments: