Thursday, October 23, 2008

PENGERTIAN AL-QURAN
1) Pada bahasa (lughah) merupakan masdar daripada kata (قرأ)
2) Pada Istilah “Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepadaNabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam Mushaf bermula dangan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya marupakan satu ibadah.’’

PENGERTIAN QIRAAT

1) Pada Bahasa (lughah) : Merupakan kata jama’ daripada kalimah qira’ah (قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang di baca.
2) Menurut Istilah : pebezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemaunya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad S.A.W.
3) Kekhilafan ( perselisihan pendapat atau pandangan ) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf Al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.


HUNBUNGAN AL-QURAN DENGAN QIRAAT

1) Merupakan dua perkara atau benda yang berbeza.
2) Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3) Al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid, pelat, i’rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi / musyafahah.













KELEBIHAN ILMU QIRAAT

1) Menerangkan hukum yang telah diijma’kan (disepakati) diatasnya.
2) Meguatkan hukum yang khilaf ( perbezaan ).
3) Memudahkan hafalan dan ingatannya serta mudah diterima umat Islam kerana ia mempunyai ilmu Balaghah ( kesusasteraan arab yang berbagai-bagai ) dan ringkasan yang mudah difahami.
4) Ia juga menerangkan kelebihan dan kemulian umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding umat yang lain.
5) Memahami aspek dan kandungan Al-Quran dan lebih luas dan mendalam.
6) Terpelihara daripada kesilapan membaca atau menyebut kalimah-kalimah Al-Quran daripada asalnya.
7) Menjaga daripada berlaku penyelewengan dan perubahan pada kalimah Al-Quran daripada aslnya.
8) Dapat mengetahui sanad bacaan dan imam-imamnya serta membezakan bacaan yang diharuskan atau sebaliknya.















AL-QURAN DITURUNKAN ATAS TUJUH HURUF


Terdapat banyak hadis yang mejelaskan bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Rasulallah S.A.W dengan 7 huruf.
Antara hadis-hadis sahih yang menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :

Telah diriwayatkan oleh Bujhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telahberkata : Telah bersabda Rasulallah s.a.w “jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentisa mengulang-ulanginya. Aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut. Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”

Dalm hadis yang lain pula ada menjelaskan :

“Sesungguhnya Al-quran ini telah diturunkan dalam 7 huruf, maka bacalah olemu mana yang mudah daripadanya.”

Imam Ibnu Al-Jazari telah menjelaskan perselisihan pada baris tanpa berubah makna dan bantuk kalimah. Bahawa yang bahawa yang dimaksudkan dangan 7 huruf itu ialah 7bacaan yang menjadi perselisihan. Wajah-wajah yang dimaksudkan itu ialah :

a) Khilaf pada mana-mana mufrad, musanna dan jama.’
b) Khilaf dalam menentukan perbuatan dari masa yang lepas, sekarang dan perbuatan menyeluruh.
c) Khilaf pada menetapkan dan membuangkan.
d) Khilaf pada mendahulukan dan mengakhirkan.
e) Khilaf pada perkataan iaitu jadikan huruf berubah tempat.
f) Khilaf pada loghat ( bahasa ).
g) Khilaf pada wajah I’rab.







Para Ulama’ berselisihan pendapat mengenai maksud 7 huruf tersebut sehingga melebihi 40 pendapat. Di antara pendapat yang masyur :

a) Tujuh huruf bermaksud segala makna hukum-hakam iaitu :

1) Halal
2) Haram
3) Muhkam
4) Mutasyabih
5) Amthal
6) Insya’
7) Akhbar

b) Tujuh huruf bermaksud tujuh loghat ( bahasa ) iaitu :

1) Quraisy
2) Hudzail
3) Thaqif
4) Hawazan
5) Kinanah
6) Tamim
7) Yamim

1 comment:

Unknown said...

(KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH)TAHFIZ WALQIRAAT