Monday, October 20, 2008

BAB IDGHAM 2 HURUF YANG BERDEKATAN DAN HURUF YANG SEJENIS DALAM 1 KALIMAH DAN DALAM 2 KALIMAH


Apabila dua huruf yang berdekatan yang berharkat dalam 1 kalimah maka sesunguhnya susi mengidghamkan kaf ke dalam qaf dengan 2 syarat

- 2 syarat tersebut ialah

--sebelum qaf wujud huruf yang berharkat
--selepas kaf wujud mim jamak

Contoh – يرزقكم , ميثقكم

Maka susi menidghamkan qaf ke dalam kaf sebagai satu idgham yang sempurna dan susi mentuturkan sebagai kaf yang bertasydid
Dan tidak terzahir sifat istila huruf qaf.

Apabila hilang salah satu dari 2 syarat yang disebut maka wajib izhar
Bagi setiap qurra

Contoh bagi kalimah yang hilang syarat yang awal- datang sebelum huruf qaf itu sukun
- ميثاقكم
- فوقكم


Contoh bagi kalimah yang hilang syarat kedua – tidak wujud mim jamak selepas huruf kaf
-نرزقك
-خلقك

Susi mendatangkan 2 wajah iaitu lafaz izhar dan idgham pada lafaz
-( عسى ربه إن طلقكن ) في سورة التحريم

Sebab izhar ialah kerana tiada mim jamak selepas kaf
Sebab idgham ialah kerana wujud nun niswah yang bertasydid selepas kaf

No comments: