Tuesday, October 7, 2008

BAB WAQAF HAMZAH DAN HISYAM PADA HURUF HAMZAH
Jika ketika waqaf terdapat huruf hamzah samaada ditengah kalimah @ hujung kalimah , maka Imam Hamzah ada kaedah membacanya.
Mengibdalkan huruf hamzah yang berbaris sukun seperti pada kalimah يأخذ, مؤمنون dan membacanya
خذ, مومنون ياdan seumpamanya .
Dalil as-Syatibi:
فأبدله عنه حرف مد مسكنا ومن قبله تحريكه قد تترلا
Memindahkan baris huruf hamzah kepada huruf yang mati sebelumnya @ dinamakan ‘naqol’ seperti pada kalimah
في الأرض dibaca dengan عذاب أليم, في الارض dibaca
dengan عذابن ليم dan seumpamanya.

Dalil as-Syatibi:
وحرك به ما قبله متسكنا وأسقطه حتى يرجع اللفظ أسهلا
Pada mad wajib muttasil yang huruf hamzahnya berada di tengah kalimah dan sebelumnya ada huruf alif seperti الملائكة dan seumpamanya akan dibaca dengan 2 wajah iaitu tashil huruf hamzah dengan 6 harakat dan tashil huruf hamzah dengan 2 harakat.
Dalil as-Syatibi:
سوى أنه من بعد ما ألف جرى يسهله مهما توسط مدخلا
Pada mad wajib muttasil yang huruf hamzahnya berada di hujung kalimah dan sebelumnya ada huruf alif seperti السماء, من السماء, جاء dan seumpama dengannya akan dibaca dengan 3 wajah. Jika huruf huruf hamzah berbaris atas seperti جاء maka akan dibaca dengan ibdal huruf hamzah dengan 2,4&6 harakat. Jika berbaris bawah seperti من السماء atau berbaris dhommah seperti السماء maka akan di baca dengan 5 wajah iaitu ibdal huruf hamzah dengan 2,4&6 harakat dan tashil bersama raum 2&6 harakat.

Dalil ibdal dan raum :
ويدله مهما تطرف مثله ويقصر أو يمضي على المد أطوللا
وما قبله التحريك أو ألف محر ركا طرفا فالبعض بالروم سهلا
Dalil tashil 2&6 harakat:
وان حرف مد قبل همز مغير يجز قصره والمد مازال أعدلا
Jika ketika waqaf huruf hamzah berada di tengah kalimah yang berbaris di atas dan sebelum huruf hamzah tersebut huruf yang berbaris di bawah maka akan di ibdalkan menjadi huruf ya
Contoh : فئة dibaca dengan فية
Jika sebelum huruf hamzah berbaris dhommah, maka akan di ibdalkan dengan huruf wau.
Contoh:مؤجلا dibaca dengan موجلا
Dalil as-Syatibi:
ويسمع بعد الكسر والضم همزة لدى فتحة ياء وواوا محولا
Jika sekiranya ketika waqaf huruf hamzah berada di tengah kalimah selain dari 2 contoh di atas, maka Imam Hamzah akan membaca dengan tashil.




Contoh:-
i. Huruf hamzah berbaris di atas dan sebelumnya juga berbaris di atas. Cth: شنئان
ii. Huruf hamzah berbaris di bawah dan sebelumnya berbaris dhommah. Cth : سئل
iii. Huruf hamzah berbaris di bawah dan sebelumnya berbaris di bawah. Cth : بارئكم
iv. Huruf hamzah berbaris di bawah dan sebelumnya berbaris di atas. Cth : مطمئنين
v. Huruf hamzah berbaris di dhommah dan sebelumnya juga berbaris di hadapan. Cth: برؤسكم
vi. Huruf hamzah berbaris di dhmmah dan sebelumnya berbaris di atas. Cth: يكلؤكم
vii. Huruf hamzah berbaris dhommah dan sebelumnya berbaris di bawah. Cth: يستهزءون


Dalil as-Syatibi:
وفي غير هذا بين بين
Pada kalimah (الرؤيا, تؤوى, رئيا) dan apa yang seumpama contoh-contoh tersebut, Imam Hamzah ada 2 wajah bacaan ketika di waqafkan pada kalimah tersebut.
Contoh: رئيا
A. Wajah pertama di baca dengan izhar رييا
B. Wajah kedua dibaca dengan idgham ريا
Begitulah bacaan seterusnya dengan contoh-contoh kalimah yang seumpama dengannya.
Dalil as-Syatibi:
ورئيا على اظهاره وادغامه


Bagi kalimah (ونبئهم & أنبئهم) jika waqaf pada kalimah tersebut, Imam Hamzah akan membaca dengan 2 wajah iaitu:
A. نبيهم , أنبيهم
B. نبيهم , أنبيهم
Dalil as-Syatibi:
وبعض بكسر الهاء لياء تحولا كقولك أنبئهم ونبئهم
فأبدله عنه حرف مد مسكنا ومن قبله تحريكه قد تترلا

Imam Hamzah akan mengibdalkan huruf hamzah ketika waqaf sekiranya huruf hamzah berada di tengah kalimah dan berbaris dhommah dan sebelumnya berbaris di bawah.
Contoh:
سنقرئك
Dibaca
سنقريك
الخاطئون
Dibaca
الخاطيون
مستهزئون
Dibaca
مستهزيون

Imam Hamzah juga akan mengibdalkan huruf hamzah ketika waqaf sekiranya huruf hamzah berada di tengah kalimah dan berbaris di bawah dan sebelumnya berbaris dhommah.
Contoh:
سئلوا
Dibaca
سولوا
سئلت
Dibaca
سولت

Dalil as-Syatibi:
والأخفش بعد الكسر ذا الضم أبدلا بياء وعنه الواو في عكسه

Pada kalimah (ؤنمستهز) dan seumpamanya seperti (فمالئون),(الخاطئون), maka Imam Hamzah akan menghazafkan huruf hamzah.



Contoh:
مستهزئون
Dibaca
مستهزون
فمالئون
Dibaca
فمالون
لخاطئونا
Dibaca
الخاطون

Dalil as-Syatibi:
ومستهزءون الحذف فيه ونحوه وضم وكسر قبل قيل واخملا


Kesimpulan pada kalimah )مستهزئون( dan seumpama dengannya seperti ( فمالئون), ن)لخاطئوا) dan selainnya lagi bagi Imam Hamzah ada 3 wajah bacaan ketika waqaf iaitu:
1. Tashil antara huruf hamzah dan wau
2. Ibdal kepada huruf ya مستهزيون
3. Hazaf huruf hamzah مستهزون

Kesimpulan pada kalimah (الخاطئين) bagi Imam Hamzah ada 2 wajah bacaan ketika waqaf iaitu:
1. Tashil antara huruf hamzah dan ya
2. Hazaf huruf hamzah - الخاطين
Jika huruf hamzah berada di awal kalimah dan dimasukkan dengan huruf tambahan seperti huruf ya, ha, lam, ba, alif lam, dan seumpamanya, maka Imam Hamzah akan membaca dengan 2 wajah bacaan ketika waqaf:
A. Tashil
B. Tahkik( bacaan biasa seperti hafs)
Contoh-contoh huruf tambahan:
Ha
أنتم
Menjadi
هؤلاء,هأنتم
Ya
ءادم
Menjadi
ياءادم
Lam
أنتم
Menjadi
لأنتم
Ba
أيكم
Menjadi
بأيكم*
Hamzah
أسلمتم
Menjadi
ءأسلمتم
Sin
أصرف
Menjadi
سأصرف
Kaf
أنتم
Menjadi
كأنتم
Fa
ءاتوهن
Menjadi
فآتوهن
Wau
أنتم
Menjadi
وأنتم

*Oleh kerana huruf tambahan berbaris di bawah, maka Imam Hamzah akan membaca dengan ibdal iaitu, بييكم dan tahkik.
Dalil as-Syatibi:
وما فيه يلفى واسطا بزوائد دخلن عليه فيه وجهان أعملا
كما ها ويا والام والبا ونحوها ولا مات تعريف لمن قد تأملا
وفي غير هذا بين بين


Contoh-contoh kalimah ketika waqaf dan wajah-wajah bacaannya oleh Imam Hamzah beserta dalil:
i. هؤلاء- Ada 15 wajah bacaan. 13 wajah diharuskan dan 2 wajah dilarang.
a. Tahkik huruf hamzah pertama dengan 6 harakatdan ibdal huruf hamzah kedua dengan 2,4&6 harakat(3 wajah)
b. Tahkik huruf hamzah pertama dengan 6 harakat dan tashil bersama raum pada huruf hamzah yang kedua dengan 6 harakat dan dua harakat ( 2 wajah ).
c. Tashil pada huruf hamzah pertama dengan 6 harakat dan ibdal pada huruf hamzah kedua dengan 2,4&6 harakat (3 wajah).
d. Tashil pada huruf hamzah pertama dengan 6 harakatdan tashil bersama raum pada hamzah kedua dengan 6 harakat sahaja (1 wajah).
e. Tashil pada huruf hamzah pertama dengan 2 harakat dan ibdal pada huruf hamzah kedua dengan 2,4,&,6 harakat (3 wajah)
f. Tashil pada huruf hamzah yang pertama dengan 2 harakat dan tashil dengan raum pada huruf hamzah kedua dengan 2 harakat sahaja (1 wajah)
Jumlah keseluruhan 13 wajah bacaan.
*2 wajah yang dilarang adalah:
a) Tashil pada huruf hamzah pertama dengan 6 harakat dan tashil dengan raum pada huruf hamzah yang kedua dengan 2 harakat.
b) Tashil pada huruf hamzah pertama denga 2 harakat dan tashil dengan raum pada huruf hamzah kedua dengan 6 harakat.
Dalil as-Syatibi:

No comments: