Saturday, October 25, 2008

muqadimah

MUQADDIMAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء وسيد المرسلين، وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
أما بعد :

Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang telah menurunkan Al-quran. Yang menjadikannya sebagai pedoman dan ikutan, yang menjadikannya sebagai bacaan yang penuh keberkatan, yang menjadikannya sebagai petunjuk sepanjang zaman dan yang menjadikannya sebagai syafaat di hari kemudian. Selawat serta salam atas junjungan Nabi akhir zaman, serta mereka yang beriman kepadanya dengan penuh keyakinan.
Allhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayahNya dapatlah kami menyiapkan blog ini. Blog ini dihasilkan atas cadangan dan saranan daripada guru kami Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zaki Bin Abdul Hamid seorang yang ilmuan dalam ilmu qiraat, beliau banyak memberi dorongan dan panduan dalam menghasilkan blog ini walaupun masanya terlalu sibuk dengan mengajar dan memperkembangkan ilmu qiraat.
Qiraat adalah salah satu ilmu daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran. Ilmu qiraat mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs A’n Aa’sim, riwayat ini adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs A’n Aa’sim sahaja. Ilmu qiraat merupakan ilmu yang harus diketahui oleh semua manusia yang mengucap dua kalimah Syahadah dan mengaku tubuh badan dan darah dagingnya beragama Islam.

Ya Allah ya Tuhanku ! sesungguhnya Engkau tahu apa yang ada dalam diri kami, sedangkan kami tidak tahu apa yang ada dalam diriMu, maka dengan ini ampunkanlah lintasan jahat hati kami, ketika menyusun setitis ilmu Engkau berikan pada kami, jadikanlah ia sesuatu yang bermanfaat bagi diri kami, sama ada semasa hidup atau mati kami, lebih-lebih lagi ketika bertemu denganMu, demikian juga kedua ibu bapa kami, tidak lupa guru-guru kami, yang mendidik diri kami dalam mencari redhaMu. Amin......
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD KAMIL BIN TAJUDIN & MUHAMMAD HAFIZ SHAHABUDIN

Friday, October 24, 2008

ISTILAH-ISTILAH PENTING

1. Qiraat ( القراءت ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan bacaan kepada salah seorang daripada imam-imam al-qurra’ yang mana bersambung ( sanad ) bacaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W.

2. Imam ( امام ) :
Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.

3. Riwayat (رواية ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

4. Rawi راوي ) ) :
Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

5. Toriq طريق ) ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi, demikian juga orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi tersebut dinamakan sebagai toriq. Penggunaan istilah toriq tidak dihususkan bagi mereka dan bacaan mereka sahaja, bahkan ia juga digunakan bagi bacaan dan generasi sesudah mereka hingga ke bawah.





BACAAN SEPULUH YANG MUTAWATIR

Bacaan sepuluh yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan sepuluh yang mutawatir ina terbahagi kepada dua kategori :

1) Al-Qiraat al-Asyr al-Kubra ( القرءت العشر الكبرى ) :

Iaitu bacaan-bacaan sepuluh besar. Bacaan sepuluh besar adalah bacaan yang disandarkan kepad sepuluh imam yang al-qurra’ yang terkenal iaitu :

I. Imam Nafi’
II. Imam Ibnu Kathir
III. Imam Ibnu ‘Aamir
IV. Imam ‘Aashim
V. Imam Hamzah
VI. Imam Al-Kisaie
VII. Imam Abu Ja’far
VIII. Imam Ya’kub
IX. Imam Khalaf Al-‘Aasyir

Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syair ) yang disebut matan al-Jazariah ( متن الجزرية )

2) Al-qiraat al-‘Asyr al-Shughra ( القراءت العشر الصغر ) iaitu bacaan-bacaan sepuluh kecil. Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-Qurra’ yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu :
I. Al-qiraat al-Sab’ ( القراءت السبع ) iaitu bacaan-bacaan tuuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra’ iaitu imam Nafi’, imam ‘Aasim, imam Ibnu Kathir, imam Abu ‘Amru, imam Ibnu ‘Aamir, imam Hamzah dan al-Kisaie. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Syatibi dalam matannya ( syair )yang di sebut matan al-Syatibi ( متن الشطبية )
II. Al-qiraat al-Thalath ( القراءت الثلاث ) iaitu bacaan-bacaan tiga ( melengkapkan bacaan tujuh ) yang disandarkan kapada tiga imam al-Qurra’ iaitu imam Abu Ja’far, imam Ya’kub dan imam Khalaf al-‘Aasyir. Bacaan –bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Jazari dalam matannya ( syair ) yang disebut matan al-Durrah ( متن الدرة ).

Thursday, October 23, 2008

PENGERTIAN AL-QURAN
1) Pada bahasa (lughah) merupakan masdar daripada kata (قرأ)
2) Pada Istilah “Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepadaNabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam Mushaf bermula dangan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya marupakan satu ibadah.’’

PENGERTIAN QIRAAT

1) Pada Bahasa (lughah) : Merupakan kata jama’ daripada kalimah qira’ah (قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang di baca.
2) Menurut Istilah : pebezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemaunya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad S.A.W.
3) Kekhilafan ( perselisihan pendapat atau pandangan ) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf Al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.


HUNBUNGAN AL-QURAN DENGAN QIRAAT

1) Merupakan dua perkara atau benda yang berbeza.
2) Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3) Al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid, pelat, i’rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi / musyafahah.













KELEBIHAN ILMU QIRAAT

1) Menerangkan hukum yang telah diijma’kan (disepakati) diatasnya.
2) Meguatkan hukum yang khilaf ( perbezaan ).
3) Memudahkan hafalan dan ingatannya serta mudah diterima umat Islam kerana ia mempunyai ilmu Balaghah ( kesusasteraan arab yang berbagai-bagai ) dan ringkasan yang mudah difahami.
4) Ia juga menerangkan kelebihan dan kemulian umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding umat yang lain.
5) Memahami aspek dan kandungan Al-Quran dan lebih luas dan mendalam.
6) Terpelihara daripada kesilapan membaca atau menyebut kalimah-kalimah Al-Quran daripada asalnya.
7) Menjaga daripada berlaku penyelewengan dan perubahan pada kalimah Al-Quran daripada aslnya.
8) Dapat mengetahui sanad bacaan dan imam-imamnya serta membezakan bacaan yang diharuskan atau sebaliknya.















AL-QURAN DITURUNKAN ATAS TUJUH HURUF


Terdapat banyak hadis yang mejelaskan bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Rasulallah S.A.W dengan 7 huruf.
Antara hadis-hadis sahih yang menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :

Telah diriwayatkan oleh Bujhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telahberkata : Telah bersabda Rasulallah s.a.w “jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentisa mengulang-ulanginya. Aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut. Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”

Dalm hadis yang lain pula ada menjelaskan :

“Sesungguhnya Al-quran ini telah diturunkan dalam 7 huruf, maka bacalah olemu mana yang mudah daripadanya.”

Imam Ibnu Al-Jazari telah menjelaskan perselisihan pada baris tanpa berubah makna dan bantuk kalimah. Bahawa yang bahawa yang dimaksudkan dangan 7 huruf itu ialah 7bacaan yang menjadi perselisihan. Wajah-wajah yang dimaksudkan itu ialah :

a) Khilaf pada mana-mana mufrad, musanna dan jama.’
b) Khilaf dalam menentukan perbuatan dari masa yang lepas, sekarang dan perbuatan menyeluruh.
c) Khilaf pada menetapkan dan membuangkan.
d) Khilaf pada mendahulukan dan mengakhirkan.
e) Khilaf pada perkataan iaitu jadikan huruf berubah tempat.
f) Khilaf pada loghat ( bahasa ).
g) Khilaf pada wajah I’rab.







Para Ulama’ berselisihan pendapat mengenai maksud 7 huruf tersebut sehingga melebihi 40 pendapat. Di antara pendapat yang masyur :

a) Tujuh huruf bermaksud segala makna hukum-hakam iaitu :

1) Halal
2) Haram
3) Muhkam
4) Mutasyabih
5) Amthal
6) Insya’
7) Akhbar

b) Tujuh huruf bermaksud tujuh loghat ( bahasa ) iaitu :

1) Quraisy
2) Hudzail
3) Thaqif
4) Hawazan
5) Kinanah
6) Tamim
7) Yamim

Wednesday, October 22, 2008

BAB BASMALAH

TAKRIF BASMALAH


Makna basmalah dari segi bahasa : Keamanan
Makna basmalah dari istilah : Perhiasan bagi Al-Quran

Basmalah adalah ringkasan daripada kalimah (bismillahir rahmanir rahim) yang bermaksud dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


SUMBER


Lafaz basmalah terdapat di dalam Musyhaf Al-Quran iaitu di dalam surah An-Naml pada ayat – 30, yang bermaksud :

“sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) bismillahir rahmanir rahim”



HUKUM MEMBACA


Hukum membaca basmalah di awal surah adalah dituntut kecuali di awal surah At-Taubah kerana :

· Tidak ditulis di awal surah At-Taubah
· Diturunkan ketika peperangan. Peperangan adalah huru-hara dan basmalah adalah keamanan. Tidak mungkin berhimpun keamanan dan huru-hara dalam masa yang sama.

Terdapat 4 Ulama’ Qura’ yang membaca basmalah di antara 2 surah kecuali surah al-anfal dan surah at-Taubah iaitu…..

a) Qolun
b) Kisaei
c) A’sim
d) Ibnu Kathir

- Mereka bersependapat bahawa perlu membaca lafaz basmalah pada semua
surah di dalam Al-Quran kecuali surah Al-Anfal dan At-Taubah.
- Hal ini terjadi kerana surah At-Taubah diturunkan ketika berlakunya
peperangan sedangkan semua surah yang lainnya diturunkan dalam
keadaan aman.

Terdapat pula seorang Ulama’ Qura’ yang menyambung 2 surah tanpa membaca basmalah iaitu :

a) Hamzah

Terdapat 3 Ulama’ Qura’ yang membaca basmalah dengan 3 cara iaitu :

a) Ibnu A’mir
b) Warsh
c) Abu A’mru

Cara bacaan mereka :

Ø Membaca basmalah pada semua awal surah kecuali surah Al-Anfal dan At-Taubah.
Ø Menyambung akhir surah dengan awal surah tanpa membaca basmalah.
Ø Saktah (berhenti sekejap tanpa mengambil nafas yang baru) tanpa membaca basmalah.

Cara membaca dengan saktah adalah lebih digunakan oleh golongan yang dinyatakan di atas daripada 2 cara yang lain.


Terdapat 4 tempat yang dibaca dengan saktah oleh Ibnu A’mir, Warsy, Abu A’mru dan Hamzah iaitu :

1. Di akhir surah Al-Muddathir, di awal surah Al-Qiyamah.
2. Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
3. Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
4. Di akhir surah Al-A’ssr, di awal surah Al-Humazah.


Cara Menyambung Basmalah di Antara Awal dan Akhir Surah.


Terdapat 3 cara bacaan basmalah oleh Ibnu A’mir, Abu A’mru dan Warsy :

1. Berhenti pada setiap akhir surah dan akhir basmalah
2. Menyambung akhir surah dengan basmalah tetapi berhenti sebelum awal
Surah.
3. Menyambung ketiga-tiganya sekali.

Terdapat pula 3 cara untuk meneruskan bacaan antara akhir surah Al-Anfal dan surah At-Taubah yang diharuskan oleh setiap Ulama’ Qura’ iaitu :

1. Sambung akhir surah Al-Anfal dengan awal surah At-Taubah.
2. Saktah (berhenti sekejap) tanpa nafas baru.
3. Wakaf pada akhir surah Al-Anfal kemudian baca awal surah At-Taubah
tanpa basmalah.

DISEDIAKAN OLEH : KHAIRUL AMIN BIN HAJI KASSIM

AL - ISTIAZAH

Makna Istiazah pada bahasa ialah: Berlindung.
Makna Istiazah pada istilah ialah : Laafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan yang dilaknat. Juga di kenali sebagai Ta’uuwudz.
~Bukan ayat daripada Al-Quran
Dalil tuntutan membaca Istiazah:
(surah An-Nahl ayat 98)
Bermaksud:Apabila kamu hendak membaca Al-Quran maka hendaklah kamu meminta pertolongan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.



Terdapat 3 lafaz shighah istiazah iaitu:
I. اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan yang direjam
II. اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
Aku berlindung diri dengan allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang direjam
III. اعوذ بالله من الشيطان
Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan
Terdapat 2 Imam dan 2 keadaan Istiazah ketika membacanya iaitu:
i. Hamzah: membaca Istiazah dengan suara yang kuat pada awal surah Al-Fatihah sahaja
ii. Nafi’: membaca istiazah dengan suara yang perlahan pada semua permulaan surah di dalam Al-Quran
Terdapat 4 cara membaca Istia’zah dan Basmalahpada awal surah:
i. Berhenti pada Istiazah dan pada Basmalah (inilah cara yang paling baik)
Contohاعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسمالله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
ii. Berhenti pada Istiazah dan menyambung basmalah dengan awal surah:
Contoh: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله احد
iii. Menyambung Istiazah dengan Basmalah sahaja
Contoh : اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله احد


iv. Menyambung ketiga_tiganya sekali
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله احد

Terdapat 2 cara bacaan memca istiazah di dalam surah at- Taubah
a. Berhenti pada Istiazah kemudian teruskan bacaan
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
براءة من الله
b. Menyambung istiazah dengan awal surah Taubah
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
براءة من الله

ummul quran

وما لك يوم الدين راويه ناصر وعند سراط والسراط لقنبلا
بحيث أتى والصاد زايا أشمها لدى خلف واشمم لخلاد الا ولا
SYARAH:
Kalimah ملك يوم الدين dibaca dengan dua wajah:-
1. Kisaie dan ‘Asim membaca dengan itbat (kekal) huruf alif mad.
2. Nafi’ , Ibnu Kasir , Abu ‘Amru , Ibnu ‘Amir dan Hamzah dengan hazaf (buang) huruf alif mad.

Kalimah اهد نا الصراط المستقيم dan صرط الذينdibaca dengan tiga wajah:-
1. Ibnu Kasir riwayat Qunbul membaca dengan huruf sin (س).
2. Hamzah riwayat Khalaf membaca dengan ishmam kedua-dua huruf sod (ص) dan bagi riwayat Khallad membaca dengan ishmam pada huruf sod (ص) yang pertama.
3. Nafi’ , Abu Amru ,Ibnu ‘Amir , ‘Asim , Kisaie dan Ibnu Kasir membaca dengan huruf sod (ص).

عليهم إليهم حمزة ولديهمو جميعا بضم الهاء وقفا وموصلا
SYARAH :-
Hamzah membaca dengan dhommah huruf ha (ه) ketika wakaf dan wasal pada:-
1. عليهُم : نحو- ( غير المغضوب عليهم ) – ( سواء عليهم ).
2. إليهُم : نحو- ( مرسلة إليهم ) – ( فأتموا إليهم عهدهم )
3. لديهُم : نحو- (وما كنت لديهم )
Baqi Qurra membaca dengan kasroh huruf ha (ه).

وصل ضم ميم الجمع قبل محرك دراكا وقالون بتخييره جلا
ومن قبل همز القطع صلها لورشهم وأسكنها الباقون بعد لتكملا
SYARAH:-
Kalimah أنعم عليهم غير المغوب عليهم ولا الضالين
Dan ، سواء عليهم ءأنذرتهم أم لم تنذرهم لا يؤمنونdibaca dengan tiga wajah pada huruf mim(م) jamak.
1. Ibnu Kasir membaca dengan silah kadar dua harakat.
2. Kholun membaca dengan silah dan sukun.
3. Warash membaca dengan silah kadar enam harakat, dengan syarat selepas mim jamak ada hamzah khotoq.
4. Baqi Kurra membaca dengan sukun.


ومن دون وصل ضمها قبل ساكن لكل وبعد الهاء كسر فتى العلا
مع الكسر قبل الها أو الياء ساكن وفي الوصل كسر الهاء بالضم شمللا
كما بهم الاسباب ثم عليهم ال قتال وقف للكل بالكسر مكملا
SYARAH:- Apabila datang mim jamak sebelum huruf mati, semua Qurra membaca dengan mim untuk mengelak daripada bertemu dua sukun ketika wasal dengan tanpa panjang. Contoh: منهم المؤمنون وأكثرهم الفسقون

Tuesday, October 21, 2008

Ha ' kinayah

Ha’ kinayah ialah ha dhomir yang digerakkanya dengan daripada mufrad ghaib.
Terbahagi kepada 4 keadaan:

i. Berada di antara huruf yang berbaris dan huruf sukun
Contoh: له الملك

ii. berada diantara 2 hruf sukun
contoh: منه أسمه المسيح

iii. berada diantara 2 huruf yang berbaris
contoh: لتعجل به أن علينا

iv. berada di antara huruf yang sukun dan huruf berbaris
contoh: فيه هدى
Hukumnya:1. Ibn Kathir silah @ dimad dengan kadar 2 harkat semua
2. Hafs pada kalimah فيه مهانا sahaja.



2) Khilaf ahli-ahli Qura pada kalimah يؤده,نؤله, نصله, نؤته,
Nama-Nama Qura : Hamzah,syu'bah dan abu amru
Jenis Bacaan : -mensukunkan ha
-mengkasrohkan ha tanpa silah
-wajah pertama seperti qolun
-mengkasrohkan ha tanpa silah
Baki qura : qolun dan hisyam


Pada kalimah فألقه اليهم

Nama-Nama Qura : Hamzah,syu'bah,abu amru dan hafs
Jenis Bacaan : Mensukunkan ha
Qolun dan Hisyam :
-Mengkasrohkan ha tanpa silah
-Wajah pertama seperti Qolun
-Mengkasrohkan ha dengan silah dan dimadkan pada mad munfasil
Baki Qura
-Mengkasrohkan ha dengan silah



Pada kalimah ويتقه فأولئك

Nama-Nama Qura : Abu amru,syu'bah
Jenis Bacaan : Mengkasrohkan qof dan mensukunkan ha qaulan wahidan
Kholad : baca khilaf mad dengan sukun

Hafs :
Mensukunkan qof dan mengkasrohkan ha

Pada kalimah يأته مؤمنا

Nama-Nama Qura : Susi
Jenis Bacaan : Mensukunkan ha

Qolun : Mengkasrohkan ha tanpa silah dan silah dengan kadar 2 harakat
Baki Qura :
Mengkasrohkan ha dan menyambungnya dengan kadar 2 harakat bagi qaulan wahidan


واسكان يرضه يمنه لبس طيب بخلفهما والقصر فاذكره نوفلا
له الرحب والزلزال خيرا يره بها وشرايره حرفيه سكن ليسهلا

3) Mazhab Qura pada kalimah يرضه,يره,أرجيئه

يرضه
Nama-Nama Qura : Susi,hisyam,duri,abu amru
Jenis Bacaan :
Mensukunkan ha qaulan wahidan dengan khilaf kedua-duanya pada يرضه لكم maka dengan skun membaca Imam Addani bagi Hisyam
Hamzah,Asim, & Nafi’,Hisyam
Mendhommahkan ha tanpa silah
Baki Qura iaitu Ibnu Katsir,Ibnu Zakuan & Kisa’ie :
Mendhommahkan ha dan menyambungnya dengan kadar 2 harakat.Diikuti pula dengan Abu Amru dalam wajah kedua


Pada kalimah خيرا يره شرا يره

Nama-Nama Qura : Hisyam
Jenis Bacaan
Baki Qura

Baki Qura
-Mensukunkan ha pada 2 tempat yang disebut pada wasal dan waqaf

-Mendhommahkan ha dan menyambungnya dengan kadar 2 harakat dalam keadaan wasal
-Mensukunkan ha apabila waqaf




Pada kalimah فألقه اليهم
Nama-Nama Qura : Qolun
Jenis Bacaan : Mengkasrohkan ha tanpa silah

HIsyam :

-Wajah pertama seperti Qolun
-Mengkasrohkan ha dengan silah dan dimadkan pada mad munfasil
Baki Qura :
Mengkasrohkan ha dengan silah



Pada kalimah ويتقه فأولئك

Nama-Nama Qura : Abu amru,syu'bah
Jenis Bacaan : Menkasrohkan qof dan mensukunkan ha qaulan wahidan
Kholad :
Baca khilaf dengan sukun
Hafs :
Mensukunkan qaf dan mengkasrohkan ha




وعى نفر أجئه بالهمز ساكنا وفى الهاء ضم لف دعواه حرملا
وأسكن نصيرا فاز واكسر لغيرهم وصلها جوادا ريب لتو صلا






DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD FADHIL BIN SHUIB 5144