Monday, October 20, 2008

باب الهمزتين من كلمتين



1;ABU AMRU mengugurkan hamzah yang pertama dari 2 hamzah qata, yang berdekatan dengan kalimah kedua yang bersambung dengan syarat,kedua dua hamzah itu mestilah sama barisnya.
Contoh;

Fathah;pada asalnya dibaca جاء امرنا,kemudian apabila digugurkan hamzah yang pertama,ia dibaca.جا امرنا.

Kasroh;pada asalnya dibaca ء انهؤلا ,kemudian apabila dibuang hmazah yang pertama,ia dibacaلا ان هؤ.

Dhommah;pada asalnya dibaca اوليا ء اولئك,kemudian apabila diisqodkan hamzah pertama,ia dibaca اوليا اولئك.

وقالون والبزي في الفنح وافقا

2;QALUN dan BAZZI bersepakat menggugurkan hamzah pertama ketika kedua duanya fathah seperti mana yang dilakukan oleh ABU AMRU.
Contoh;جا احدكم

Apabila terdapat huruf sebelumnya[hamzah kedua] ia mestilah dibaca dengan 2 wajah;

PERTENGAHAN ; 2 haraakat
QASR; 2 harkat

وقوله وفي غيره كاالياء وكاالواو سهلا

3;Pada baris kasrah dan dhommah ,QALUN dan BAZZI membaca dengan bacaan tashil.

Bagi QALUN dan BAZZI selain alif terbahagi kepada 2 iaitu;

Apabila kedua duan ya kasroh hamzah pertama ditashilkan diantara hamzah dan ya [هؤلاء ءان]

Apabila kedua duanya dhommah hamzah pertama ditashilkan diantara hamzah dan wau[اولياء اولئك]


وقوله وبا السووء الا ابدلا ثم ادغم


4;Sesetengah ulama qura’ selain dari QALUN dan BAZZI mengibdalkan [menggantikan] hamzah yang pertama kepada wau serta mengidghamkan wau yang pertama pada lafaz sebelumnya.Contohnya[باالسوء الا ما رحم apabila dibaca dengan tashil hamzah yang pertama dan menggantikan hamzah tersebut dengan wau,ia akan menjadi[باالسوو الا ما رحم .].Sesetengah daripada yang lain pula mentashilkan hamzah yang pertama diantara wau seperti mana kaedah asal QALUN dan BAZZI pada huruf hamzah yang kedua duanya kasroh [ ء ءالا]pada dua wajah;

Qasr ;2 harakat
Pertengahan;2harakat

ومعنى وفيه خلاف عنهما ليس مقفل

5;Tidak ada khilaf yang meringankan pada lafaz tersebut [باالسؤء ءالا مارحم],bagi QALUN dan BAZZI,mereka menutup dan menyimpannya,bahkan ia tersebar apabila membukanya dalam kitab qiraat,

WARSH dan QUNBUL pada huruf hamzah yang kedua duanya bersepakat baris didalam dua kalimah kepada tiga jenis dengan dua wajah bacaan;

;Tahqiq hamzah pertama dan tashil hamzah kedua;
Fathah diantara hamzah dan alif
Kasroh diantara hamzah dan ya
Dhommah diantara hamzah dan wau
;Tahqiq hamzah pertama kemudian ibdal hamzah kedua dengan huruf mad yang sesuai daripada jenis baris yang sebelumnya.
Fathah kedua dua dan ibdal kepada alif
Kasroh kedua dua dan ibdal kepada ya
Dhommah kedua dua dan ibdal kepada wau

Apabila selepas hamzah kedua itu ada huruf sukun maka selepas diibdalkan huruf mad kemudian dimadkan dengan kadar bacaan 6 harakat[جاء امرنا]

Apabila huruf selepasnya berbaris ,maka ia dimadkan huruf mad yang diibdalkan dengan hamzah kedua dengan kadar 2 harakat[جاء احدكم المو]




هذا ان لورش في هؤلا ء ءان ثلاثة اوجه وهي ونخلص من

6;Bagi WARSH pada[ هؤلاء ءان ]terbahagi kepada tiga wajah bacaan;
Tashil hamzah yang kedua baina baina .
Ibdalkan hamzah dengan huruf mad yang dimadkan dengan kadar 6 harakat
Mengibdalkan hamzah kepada ya yang berbaris kasroh.

وله في على البغاء اربعة اوجه

Pada lafaz[ نعلى البغا ء ءا ارد ] WARSH membaca dengan empat wajah bacaan;
Tiga wajah pertama sama seperti lafaz [هؤلاء ءان]
Ibalkan kedua dua huruf mad kemudian dimadkan dengan kadar 2 harakat.


ولورش في لنبى ءان ارد في سورة الاحزاب ثلاثة اوجه

7;Pada kalimah[للنبي ءا ن ار اد ] dalam surah AlAhzab,WARSH membaca dalam tiga wajah bacaan ;
Mentahqiqkan hamzah pertama kemudian tashilkan hamzah kedua baina baina .
Mentahqiqkan hamzah pertama dan ibdalkan hamzah yang kedua kepada ya yang
Dimadkan dengan kadar 6 harakat .
Mentahqiqkan hamzah yang pertama da ibdalkan hamzah kedua kepada ya .


8;Pada kalimah [من النسا ء ءان اتقيتن],WARSH dan QUNBUL membaca dalam tiga wajah yang disebut pada[ ءان ارادللنبي ]kecuali pada wajah ketiga iaitu huruf ya yang dimadkan dengan kadar 2 harakat menjadikan nun berbaris kasrah dipendekkan apabila bertemu dua sukun yang berbaris,

9;NAFI’ ,IBNU KATHIR dan ABU AMRU bersepakat membaca hamzah kedua dengan tashil didalam dua keadaan iaitu;
Hamzah yang pertama dibaca fathah,manakala hamzah kedua dibaca kasroh ,dan tashilkan hamzah kedua juga [تفي ءالى]. hamzah yang kedua dibaca seakan akan huruf ya.
Hamzah pertama dibaca fathah manakala hmzah kedua dibaca dhommah..Hamzah yang kedua boleh dibaca tashil juga [جاء امة].Bacaan hamzah yang kedua itu seakan akan huruf wau.

Selain daripada itu,NAFI’,IBNU KATHIR dan ABU A’MRU juga bersepakat untuk menggantikan yang kedua dalam dua keadaan iaitu ;
A;apabila hamzah yang pertama berbaris dhommah,manakala hamzah yang kedua berbaris fathah[السفهاء الا],maka ,NAFI’,IBNU KATHIR dan ABU A’MRU membacanya dengan menggantikan hamzah yang kedua dengan huruf wau.
B;apabila hamzah yang pertama berbaris kasroh , manakala hamzah yang kedua berbaris fathah[من السماء اوئتنا]maka NAFI’ ,IBNU KATHIR dan ABU A’MRU membacanya dengan mengibdalkan hamzah yang kedua itu dengan huruf ya.
Cara mereka mengibdalkan nya adalah dengan mengikut baris hamzah yang sebelumnya.


C;apabila hamzah yang pertama dhommah,manakala hamzah yang kedua berbaris kasroh ; [يشاء الى ] ;[الملاء ءاني] cara bacaannya mempunyai dua wajah ;
1;Ia dibaca secara tashil , cara bacaannya seakan akan hamzah dan ya.
2;di baca cecara ibdal iaitu ,menggantikan hamzah yang kedua dengan huruf
Wau,

Baki QURRA’ selain daripada NAFI’ ,IBNU KATHIR ,dan ABU AMRU membaca secara tahqiq iaitu menjelaskan atau menyatakan kedua dua huruf hamzah tersebut [bacaannya seperti bacaan asal]

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD FIDA’IY BIN ZAINAL ABIDIN

No comments: