Wednesday, October 22, 2008

BAB BASMALAH

TAKRIF BASMALAH


Makna basmalah dari segi bahasa : Keamanan
Makna basmalah dari istilah : Perhiasan bagi Al-Quran

Basmalah adalah ringkasan daripada kalimah (bismillahir rahmanir rahim) yang bermaksud dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


SUMBER


Lafaz basmalah terdapat di dalam Musyhaf Al-Quran iaitu di dalam surah An-Naml pada ayat – 30, yang bermaksud :

“sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) bismillahir rahmanir rahim”



HUKUM MEMBACA


Hukum membaca basmalah di awal surah adalah dituntut kecuali di awal surah At-Taubah kerana :

· Tidak ditulis di awal surah At-Taubah
· Diturunkan ketika peperangan. Peperangan adalah huru-hara dan basmalah adalah keamanan. Tidak mungkin berhimpun keamanan dan huru-hara dalam masa yang sama.

Terdapat 4 Ulama’ Qura’ yang membaca basmalah di antara 2 surah kecuali surah al-anfal dan surah at-Taubah iaitu…..

a) Qolun
b) Kisaei
c) A’sim
d) Ibnu Kathir

- Mereka bersependapat bahawa perlu membaca lafaz basmalah pada semua
surah di dalam Al-Quran kecuali surah Al-Anfal dan At-Taubah.
- Hal ini terjadi kerana surah At-Taubah diturunkan ketika berlakunya
peperangan sedangkan semua surah yang lainnya diturunkan dalam
keadaan aman.

Terdapat pula seorang Ulama’ Qura’ yang menyambung 2 surah tanpa membaca basmalah iaitu :

a) Hamzah

Terdapat 3 Ulama’ Qura’ yang membaca basmalah dengan 3 cara iaitu :

a) Ibnu A’mir
b) Warsh
c) Abu A’mru

Cara bacaan mereka :

Ø Membaca basmalah pada semua awal surah kecuali surah Al-Anfal dan At-Taubah.
Ø Menyambung akhir surah dengan awal surah tanpa membaca basmalah.
Ø Saktah (berhenti sekejap tanpa mengambil nafas yang baru) tanpa membaca basmalah.

Cara membaca dengan saktah adalah lebih digunakan oleh golongan yang dinyatakan di atas daripada 2 cara yang lain.


Terdapat 4 tempat yang dibaca dengan saktah oleh Ibnu A’mir, Warsy, Abu A’mru dan Hamzah iaitu :

1. Di akhir surah Al-Muddathir, di awal surah Al-Qiyamah.
2. Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
3. Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
4. Di akhir surah Al-A’ssr, di awal surah Al-Humazah.


Cara Menyambung Basmalah di Antara Awal dan Akhir Surah.


Terdapat 3 cara bacaan basmalah oleh Ibnu A’mir, Abu A’mru dan Warsy :

1. Berhenti pada setiap akhir surah dan akhir basmalah
2. Menyambung akhir surah dengan basmalah tetapi berhenti sebelum awal
Surah.
3. Menyambung ketiga-tiganya sekali.

Terdapat pula 3 cara untuk meneruskan bacaan antara akhir surah Al-Anfal dan surah At-Taubah yang diharuskan oleh setiap Ulama’ Qura’ iaitu :

1. Sambung akhir surah Al-Anfal dengan awal surah At-Taubah.
2. Saktah (berhenti sekejap) tanpa nafas baru.
3. Wakaf pada akhir surah Al-Anfal kemudian baca awal surah At-Taubah
tanpa basmalah.

DISEDIAKAN OLEH : KHAIRUL AMIN BIN HAJI KASSIM

No comments: