Saturday, October 25, 2008

muqadimah

MUQADDIMAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء وسيد المرسلين، وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
أما بعد :

Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang telah menurunkan Al-quran. Yang menjadikannya sebagai pedoman dan ikutan, yang menjadikannya sebagai bacaan yang penuh keberkatan, yang menjadikannya sebagai petunjuk sepanjang zaman dan yang menjadikannya sebagai syafaat di hari kemudian. Selawat serta salam atas junjungan Nabi akhir zaman, serta mereka yang beriman kepadanya dengan penuh keyakinan.
Allhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayahNya dapatlah kami menyiapkan blog ini. Blog ini dihasilkan atas cadangan dan saranan daripada guru kami Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zaki Bin Abdul Hamid seorang yang ilmuan dalam ilmu qiraat, beliau banyak memberi dorongan dan panduan dalam menghasilkan blog ini walaupun masanya terlalu sibuk dengan mengajar dan memperkembangkan ilmu qiraat.
Qiraat adalah salah satu ilmu daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran. Ilmu qiraat mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs A’n Aa’sim, riwayat ini adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs A’n Aa’sim sahaja. Ilmu qiraat merupakan ilmu yang harus diketahui oleh semua manusia yang mengucap dua kalimah Syahadah dan mengaku tubuh badan dan darah dagingnya beragama Islam.

Ya Allah ya Tuhanku ! sesungguhnya Engkau tahu apa yang ada dalam diri kami, sedangkan kami tidak tahu apa yang ada dalam diriMu, maka dengan ini ampunkanlah lintasan jahat hati kami, ketika menyusun setitis ilmu Engkau berikan pada kami, jadikanlah ia sesuatu yang bermanfaat bagi diri kami, sama ada semasa hidup atau mati kami, lebih-lebih lagi ketika bertemu denganMu, demikian juga kedua ibu bapa kami, tidak lupa guru-guru kami, yang mendidik diri kami dalam mencari redhaMu. Amin......
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD KAMIL BIN TAJUDIN & MUHAMMAD HAFIZ SHAHABUDIN

No comments: